JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) telah memberikan satu lagi petunjuk bahawa ia mungkin memainkan peranan pembangkang terhadap pemerintah yang akan datang, menjelang pertemuan yang dinanti-nantikan antara pengerusinya, Cik Megawati Sukarnoputri, dengan bakal presiden, Encik Prabowo Subianto.
Dalam satu ucapan di majlis pasca-Aidilfitri bersama penyokong dan ahli kempennya pada 6 Mei, calon presiden PDI-P yang tidak berjaya, Encik Ganjar Pranowo,...





