Lesen kedai makan Hanis di pusat beli-belah PLQ di Paya Lebar, telah digantung selama dua minggu mulai 14 hingga 27 Mei, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA).
Dalam notis kebersihan makanan yang diterbitkan di laman web SFA pada 14 Mei, ia menjelaskan penggantungan ini adalah kerana kedai makan itu gagal untuk memastikan premisnya bebas daripada infestasi dalam dua kejadian berasingan.





