Setiap Muslim yang berakal dan sihat tubuh badan pasti mempunyai keinginan yang kuat untuk menyempurnakan ibadah haji, yakni rukun Islam yang kelima.
Malahan masih lagi ramai yang menanti giliran pascapendaftaran haji bersama Tabung Haji (TH) dengan penuh sabar. Ini kerana mereka faham bahawa konsep istita’ah (kemampuan) itu merangkumi giliran mengerjakan haji di samping kewajipan mentaati peraturan kerajaan Malaysia dan Arab...





