TOULOUSE: Seorang budak perempuan Perancis berusia tiga tahun meninggal dunia selepas tercekik mainan tersembunyi di dalam coklat telur Surprise Kinder, ujar pendakwa pada Rabu (20 Jan).
Ibu budak itu memberitahu polis beliau berada bersama anaknya apabila anaknya tertelan roda plastik kecil yang terputus dari mainan tersembunyi di dalam telur itu, produk popular yang dibuat oleh syarikat Italy, Ferrero.





