MEMINUM alkohol antara 10.30 malam dengan 7 pagi di tempat awam, termasuk di taman dan kolong blok HDB, mungkin dilarang jika Rang Undang-Undang Pengawalan Arak (Bekalan dan Minum) yang dibentang di Parlimen diluluskan.
Kedai-kedai runcit serata Singapura juga tidak akan dibenarkan menjual arak bawa pulang mulai 10.30 malam.






