SEKITAR 300 penuntut Politeknik Nanyang petang tadi (10 Julai) berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan tiga anggota skuad Borussia Dortmund yang berada di sini.
Ketiga-tiganya ialah pemain tengah Gonzalo Castro, penjaga gawang Roman Burki dan penyerang legenda yang telah bersara, Karl Heinz Riedle.





