KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk Seri S Nallakaruppan dan dua yang lain untuk berhenti bergantung pada sabitan jenayah lampau ketua pembangkang itu untuk menyerang karakternya dalam satu kes saman fitnah.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim berkata Seksyen 43 Akta Keterangan membenarkan halangan untuk pihak-pihak dalam kes tuntutan sivil...






