SINGAPURA: Nilai mata wang rupiah meningkat ke paras tertinggi sejak Oktober didorong oleh spekulasi bahawa Indonesia bakal berjaya menarik pelaburan sedang ekonominya mula pulih.
Bank Indonesia melihat ruang bagi melonggarkan kewangan dan pertumbuhan boleh meningkat tahun ini, selepas ekonomi suku keempat negara itu mengatasi jangkaan penganalisis, kata pengarah eksekutif dasar kewangan Juda Agung, semalam.





