AMPANG JAYA: Menyedari rumahnya dipecah masuk, pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam melepaskan tembakan sebagai amaran sehingga menyebabkan perompak yang memasuki rumahnya melarikan diri.
Dalam kejadian 2.30 pagi di kediamannya di Taman Melawati di sini, mangsa yang sedang menonton televisyen terdengar jeritan pembantu rumahnya yang berada di tingkat bawah rumahnya.






