JAKARTA (Indonesia): Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan mewujudkan saluran televisyen beritanya sendiri apabila proses peralihan sistem analog kepada pendigitalan stesen penyiaran milik kerajaan itu bermula tahun depan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, saluran berita tersebut bertujuan menyampaikan mesej secara terus dan lebih berkesan kepada rakyat mengenai pelbagai isu tanpa dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu.






