LIVERPOOL: Gol masa kecederaan Christian Benteke membolehkan Liverpool mendapat satu mata setelah seri 1-1 dengan Chelsea di Anfield pada Rabu (11 Mei).
Gol pembukaan Eden Hazard sungguh hebat dan layak memenangi sebarang pertandingan serta kelihatan cukup untuk Chelsea, namun Benteke menanduk bola hantaran silang Sheyi Ojo untuk meluaskan rekod Liverpool tidak kalah di tempat sendiri kepada 13 perlawanan.





