NUSA DUA (Bali): Mantan Speaker parlimen, Encik Setya Novanto, muncul pada Selasa (17 Mei) sebagai ketua baru parti kedua terbesar di Indonesia, Golkar, sedang ia cuba bergerak melupakan pertikaian kepimpinan yang memecah-belahkan lebih setahun.
Encik Setya dan Encik Ade Komarudin masing-masing meraih 177 dan 173 undi, daripada 560 undi pada awal pagi Selasa semasa mesyuarat yang bermula pada 9 pagi...





