JOHOR BAHRU: Kerajaan Malaysia tidak bercadang membatalkan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) dan akan melaksanakannya sebaik sahaja sistem itu sedia beroperasi.
Menyangkal laporan berita sebelum ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tiada kelewatan dalam pelaksanaannya.






