RIO DE JANEIRO: Perenang Paralimpik nasional, Yip Pin Xiu, mengukir namanya dalam buku rekod pada pagi Jumaat (waktu Singapura) apabila beliau menjadi warga Singapura pertama memenangi pingat emas berganda dalam Sukan Paralimpik.
Atlet berusia 24 tahun itu, yang mengalami distrofi otot, penyakit yang melemah otot, meraih emas dalam acara kuak lentang 50m S2 wanita di Stadium Akuatik Olimpik di Rio.






