MUSIM peperiksaan pertengahan tahun kini sudah pun bermula.
Sedang kanak-kanak lain membuat persiapan bagi menghadapinya, Hazrie Alisman Norahman terlantar di hospital. Murid darjah satu itu pesakit ginjal yang baru sahaja melalui pemindahan buah pinggang.






