SEORANG hakim daerah menjatuhkan hukuman denda, daripada penjara, ke atas seorang ahli perniagaan kerana bertumbuh dengan seorang lelaki yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.
Pihak pendakwa, yang merayu terhadap hukuman itu, menyarankan Tommy Koh Leng Theng, 36 tahun, dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tiga minggu kerana memukul "tidak henti-henti" walaupun selepas Encik Ho Wei Siong, 42 tahun, jatuh.






