LISBON: Gol babak pertama oleh Pierre-Emerick Aubameyang dan Julian Weigl memberi Borussia Dortmund kemenangan 2-1 ke atas Sporting dalam perlawanan Kumpulan F Liga Juara-Juara pada Selasa (18 Okt), walaupun mereka terpaksa bertahan pada babak kedua.
Bruno Cesar merapatkan jurang daripada gol sepakan percuma pada pertengahan babak kedua, tetapi Dortmund tetap bertahan.






