JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor sudah bersedia melaksanakan Permit Masuk Kenderaan (VEP) dengan Caj Jalan RM20 ($6.70) mulai 1 September ini ke atas kenderaan berdaftar Singapura yang memasuki Malaysia melalui Johor.
Manakala VEP bagi mengesan kenderaan Singapura yang mempunyai saman tertunggak atau kompaun di Malaysia akan mula dilaksanakan awal tahun depan.






