PEMERINTAH sedang menimbangkan langkah untuk mengenakan Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) bagi mengurangkan kesesakan di ekspreswe tersebut.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata kelajuan trafik di KPE sentiasa berada di bawah lingkungan optimum, dengan kelajuan waktu sibuk pagi pada hari-hari biasa berada antara 45 kilometer sejam (kph) hingga 65 kph.






