LONDON: Chelsea menggantikan Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 1-0 di Middlesbrough, terima kasih kepada gol babak pertama Diego Costa pada Ahad (20 Nov).
Ia kemenangan liga keenam berturut-turut kelab London itu tanpa melepaskan sebarang gol dan memberi 28 mata daripada 12 perlawanan, satu mata di depan kelab Liverpool dan Manchester City.





