MADRID: Gol penyamaan dramatik Marco Reus dua minit sebelum tamat memastikan Borussia Dortmund menewaskan juara bertahan Real Madrid dalam persaingan untuk mendahului Kumpulan F Liga Juara-Juara, dengan seri 2-2 pada Rabu (7 Dis).
Dengan kedua-dua pasukan sudah layak ke pusingan kalah mati, dua gol oleh Karim Benzema kelihatan akan membuat Real menjadi juara kumpulan.





