WALAUPUN sudah bergelar Ratu Jaz Malaysia dan bertaraf legenda, tiada yang menghalang Datuk Sheila Majid mengasah ilmu nyanyian daripada mereka yang lebih pakar.
Baru-baru ini, pelantun lagu 'hit' Sinaran dan Ku Mohon itu menghadiri kuliah dan latihan vokal masterclass kendalian pasangan suami isteri Seth dan Margareta Svensson Riggs di Jakarta, Indonesia.





