Ke mana hilangnya jeritan itu Yang dulu datang sekonyong-konyong Pantang dijentik, akan ia meraung Kini terdiam tetapi tidak sakit Kerana, penatnya itu tidak disanjung.
Yang menjaga akhirnya tidak terjaga Tertanya-tanya semestikah kewajipan Merampas masa Meluputkan tenaga Menafikan agama Kerana, pada pandangan beberapa mata Penat itu tandanya setia.






