IBU bapa kanak-kanak istimewa kini mempunyai portal dalam talian baru yang boleh membimbing mereka sebelum mendaftarkan anak mereka dalam program berstruktur pemerintah.
Mereka biasanya mahu menyokong pembelajaran anak mereka, tetapi ramai daripada mereka, dek mempunyai latihan formal sedikit dalam bidang terapi, teragak-agak kerana bimbang tidak cukup "profesional", menurut kajian oleh pelajar d Politeknik Nanyang (NYP).





