PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) hari ini mengumumkan langkah meluaskan Pusat Pemeriksaan Woodlands (WCP) yang melibatkan Pusat Bandar Lama Woodlands (OWTC), sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempertingkat WCP.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan kedua-dua agensi itu, ICA menyatakan bahawa langkah ini merupakan sebahagian daripada semakan kerap terhadap proses pemeriksaan dan prasarananya.





