PERBICARAAN kes penyelewengan wang berjumlah sekitar $50 juta yang melibatkan pengasas dan paderi kanan Gereja City Harvest (CHC) dijangka selesai Jumaat ini (7 Apr), lapor The Straits Times.
Ini memandangkan mahkamah dijangka membuat keputusan terhadap rayuan pengasas dan paderi CHC, Kong Hee dan konco-konconya, sekitar 9.30 pagi tulat.





