SEKITARAN sektor perbankan akan menjadi "amat mencabar" dalam tempoh setahun-dua ini, demikian amaran yang disuarakan pengerusi emeritus United Overseas Bank (UOB), Encik Wee Cho Yaw.
Beliau menyatakan demikian hari ini (20 Apr) semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) UOB yang dihadiri sekitar 1,000 pemegang sahamnya.





