Luka disapu rapi sakit segera diubati lapar dan dahaga disuap dengan mesra disusukan dengan manja masa dan waktu tangis dipujuk rayu dibelai syahdu terharu gurindam sayu merindu hinggakan terlena di atas bahu aroma badannya yang gebu melekat dalam dakapan kalbu
Begitulah sayang sejati bukti sebati mulia hakiki amanah yang disanjung tanpa berlengah menjunjung walau nafas terasa lelah tidak pernah gundah...






