PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berharap untuk berdamai dengan kedua-dua adiknya suatu hari nanti "biarpun ia satu perjalanan panjang dan sukar".
Dalam hal ini, beliau berterima kasih atas harapan yang disuarakan oleh Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, Angota Parlimen Dipilih (NMP) Cik Chia Yong Yong dan Encik Charles Chong (Punggol East) agar PM Lee berbaik semula dengan anggota keluarganya.





