KUALA LUMPUR: Pelari maraton lelaki Soh Rui Yong berjaya mempertahankan kejuaraannya dengan merangkul pingat emas di acara maraton yang diadakan di Istana Kehakiman Putrajaya pagi tadi.
Soh yang memegang rekod nasional 2 jam 24 minit 55 saat, melepasi garisan penamat dengan catatan masa 2 jam 29 minit 26 saat, sekaligus memperbaiki masa yang dicatatnya di Sukan SEA dua tahun lalu.





