PENYANYI jelita dan tinggi lampai Singapura, Aisyah Aziz, meraih pencalonan terbanyak dan dipertandingkan dalam sembilan kategori bagi Anugerah Planet Muzik (APM) 2017.
Selain mempertaruhkan lagu Tanda Tanya dan bersaing dengan nama-nama besar seperti Dayang Nurfaizah dan Raisa Andriana dalam kategori Artis Terbaik (Wanita), Aisyah, 23 tahun, turut dicalonkan bagi kategori Kolaborasi Terbaik (Lagu), Lagu Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular...




