IMAM Eksekutif Masjid Al-Mawaddah Ustaz Mohammad Zaid Isahak menggesa masyarakat supaya usah gunakan istilah 'Wadhribuuhunna...' yang terkandung dalam Surah An-Nisaa ayat 34 sebagai lesen memukul pasangan secara fizikal, yang boleh menyebabkan kecederaan dan keganasan dalam rumah tangga.
Beliau juga berkata Muslim Singapura perlu menyesuaikan tafsiran ayat itu dengan konteks kehidupan masa kini.






