SEORANG bekas pegawai waran tentera berulang kali mendera pembantu rumahnya pada 2012, malah pernah sekali memukulnya dengan penyangkut baju plastik sehingga ia pecah. Tindakan keras K. Rajakumari, 57 tahun, yang telah bersara itu terdedah apabila dia meminta maaf kepada Cik Sarominam Jeeva, dalam bahasa Tamil lalu memintanya agar merahsiakan perkara tersebut.
Tanpa pengetahuan Rajakumari, pegawai polis yang menangani kes itu...






