KEPUTUSAN Latihan Kemasukan Bersama (JAE) akan dikeluarkan pada 1 Februari depan, 9 pagi, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan hari ini.
Para pemohon boleh mendapatkan keputusan JAE mereka melalui beberapa saluran termasuk Sistem Internet JAE, yang boleh diakses melalui laman web JAE dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar ke telefon bimbit mereka yang diberikan pemohon semasa pendaftaran.






