MENTERI Negara Kanan (Pertahanan) Dr Mohamad Maliki Osman telah mengadakan lawatan dua hari ke Bali, Indonesia yang berakhir semalam.
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam, Dr Maliki menghadiri pelancaran 'Our Eyes Initiative' (OEI), yang dihoskan Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Ryamizard Ryacudu. Pelancaran itu melibatkan enam negara - Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. Melalui OEI, negara yang terlibat akan...






