PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memberi amaran kepada orang ramai tentang kes penipuan telefon oleh pemanggil yang menyamar sebagai pegawai ICA.
Pemanggil tidak dikenali itu, yang mungkin atau tidak menggunakan nombor ICA untuk menghubungi, akan mendakwa dia pegawai ICA dan meminta individu memberi butiran peribadi.






