BENTONG: Seramai 23 orang, termasuk 16 pelancong dari China, mengalami kecederaan ringan apabila bas yang mereka naiki terbabas dengan sebuah kereta dekat Genting Highlands malam tadi (6 April).
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Yusri Abdullah Sani berkata kemalangan itu berlaku pada 7.24 malam apabila kedua-dua kenderaan sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands.





