MENTERI Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata flat lama Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) masih mempunyai nilai yang dapat dimanfaatkan bagi persaraan.
Memberi contoh perangkaan urus niaga tahun lalu yang menunjukkan nilai berharga flat lama itu, beliau berkata flat empat bilik lama dengan tempoh pajakan kurang 60 tahun boleh mencapai harga sekitar $300,000 manakala flat lima bilik boleh mencapai harga $400,000...





