SEBUAH bungkusan yang mengandungi skrip jawapan Kertas 3 subjek Kimia H2 Peperiksaan GCE peringkat 'A' 2017 milik 238 pelajar Singapura, telah dicuri daripada penghantar di Britain apabila ia sedang dalam perjalanan daripada Penilaian Cambridge kepada pemeriksa pada 16 November lalu.
Calon yang terjejas terdiri daripada empat maktab rendah termasuk Maktab Rendah Anderson (58 skrip), Maktab Rendah Anglo-Chinese (60 skrip), Hwa...






