SINGAPURA akan menampilkan kontinjen terbesarnya di edisi Sukan Asia Indonesia yang akan berlangsung antara 8 Ogos hingga 2 September ini.
Ini menyusuli senarai awal seramai 246 atlit - daripada 22 cabang sukan - yang diberikan 'lampu hijau' oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) yang mengumumkan pemilihan itu semalam.






