JIKA seseorang itu kerap mengalami sakit belakang, kadangkala fikiran mungkin mudah menerawang dan hati mula tertanya-tanya adalah ia petanda penyakit ginjal.
Maklumlah ginjal terletak berdekatan pinggang maka sakit belakang yang berhampiran garis pinggang menyebabkan sesetengah pihak mudah beranggapan ia ada kaitannya dengan masalah ginjal.






