Dia serba tahu segala sudut, setiap waktu hadirnya melingkar semua isu yang berkait mahupun tidak mesti ambil tahu demi menabur khidmat dan bakti agar khalayak jadi bijak bestari dalam lingkungan kandang intelek bikinan dirinya sendiri.
Dia semakin galak tatkala pembesar suara di tangan dibangkitkan yang tidur dan pengsan untuk isytihar wilayah dialah Tuan perlu disokong, dijunjung, diagung kata dua teguran...






