ISU mobiliti sosial dan ketidaksamaan dalam masyarakat turut menarik perhatian beberapa pemimpin negara yang mengongsi pengalaman serta pandangan mereka tentang isu tersebut yang hangat dibincangkan.
Semasa berucap dalam majlis pengagihan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) baru-baru ini, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, mengongsi pengalamannya meraih manfaat daripada bantuan masyarakat dalam bentuk dermasiswa dan biasiswa dahulu.





