KEDAI atau toko yang menawarkan khidmat urut (ME) secara terbuka dikecualikan daripada memohon lesen kerana ia tertakluk di bawah beberapa syarat bagi menghalangnya daripada digunakan sebagai helah melindungi kegiatan maksiat,kata Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo.
Syarat-syarat itu termasuk memastikan tidak ada bilik, pengadang atau ruang tertutup (cubicles) dalam kedai itu, yang membolehkan khidmat mengurut diberikan secara privet;...






