SAMBUTAN yang diberikan orang ramai untuk acara Malam Sastera V: Kekata Kelkatu - Satu Kembara Seni cukup hangat sehinggakan tiket untuk acara pada 3 November itu habis dijual dalam masa sesingkat tiga minggu.
Lebih memberangsangkan, acara yang bakal berlangsung di Panggung Victoria dan diadakan sempena Pesta Penulis Singapura (SWF) itu menarik lebih 150 peserta - kesemuanya kerana ingin menghargai sumbangan...





