PERUBAHAN KRITERIA: Para pelajar politeknik yang ingin memohon bagi kesemua universiti berautonomi (AU) di sini, termasuk Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU), tidak lagi akan di ambil kira keputusan GCE 'O'. - Foto BH oleh SEAH KWANG PENG
SingapuraNov 9, 2018 | 5:30 AM

Keputusan GCE 'O' bukan lagi sebahagian daripada markah kemasukan ke uni autonomi mulai 2020

BERMULA dari tahun akademik 2020, keputusan GCE peringkat 'O' bagi para pelajar politeknik yang ingin memohon bagi kesemua universiti berautonomi (AU) di sini, termasuk Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU), tidak lagi akan di ambil kira.

Hanya Gred Purata Mata (GPA) yang diraih pelajar semasa di politeknik akan dinilai bagi permohonan ke AU.

Luangkan masa bersama pasangan anda untuk menyertai sesi membuat biskut bersama Captain Roti, sambil berbual tentang isu keluarga dan keibubapaan dalam acara anjuran Berita Harian pada 25 Oktober.
SingapuraOct 17, 2026 | 2:29 PM

Jom BHerbual sambil buat biskut bersama Captain Roti!

Apa kata luangkan petang Ahad bersama pasangan anda dengan menyertai sesi membuat biskut bersama Captain Roti, sambil berbual tentang isu keluarga dan keibubapaan dalam masyarakat Melayu?

Inilah pengalaman menarik yang menanti peserta acara Jom BHerbual & Buat Biskut, anjuran Berita Harian (BH), pada 25 Oktober ini di Studio Kulinari, Wisma Geylang Serai.

Encik Ashsyahid Hussin, 25 tahun, bakal menerima Anugerah Pencapaian Akademik di Anugerah MENDAKI 2026 selepas muncul sebagai pelajar terbaik kohort Kecerdasan Buatan Gunaan di Institut Teknologi Singapura (SIT).
SingapuraOct 17, 2026 | 12:00 PM

Pengorbanan ibu dorong cemerlang dalam bidang AI

Membesar dalam keluarga ramai bersama enam adik-beradik, Encik Ashsyahid Hussin, 25 tahun, menyaksikan sendiri pengorbanan ibunya yang tidak pernah mengabaikan pendidikan anak-anak meskipun berdepan kekangan kewangan.

Pemergian bapanya pada 2023 turut menjadikan ibunya, seorang suri rumah, sumber dorongan terbesar buat beliau untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Cik Nur Sabrina Herwan berjaya memperoleh GPA sempurna dalam bidang Kehijauan Bandar dan Lanskap di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur walaupun berdepan masalah kesihatan yang memerlukan pembedahan jantung terbuka.
SingapuraOct 17, 2026 | 12:00 PM

Penyakit jantung bukan halangan raih GPA sempurna

Pada usia 17 tahun, Cik Nur Sabrina Herwan disahkan menghidap penyakit jantung reumatik dan terpaksa menjalani pembedahan jantung terbuka.

Keadaan kesihatannya menyebabkan beliau kerap keluar masuk hospital sehingga terlepas beberapa minggu pembelajaran, kegiatan sekolah dan peluang menyertai pertandingan.

Cik Putri Emily Mohammad Joehaidi, 19 tahun,  menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang (Bukan Akademik) di Anugerah MENDAKI 2026. Beliau juara peraduan Champion of Champions bagi kategori Vokal Pop di B-Dazzled Music & Talent Festival International 2025.
MasyarakatOct 17, 2026 | 12:00 PM

Dari pentas Bulan Bahasa ke peringkat antarabangsa, Putri Emily harumkan nama

Seawal usia tujuh tahun, Cik Putri Emily Mohammad Joehaidi sudah mula menunjukkan bakat dalam bidang nyanyian apabila menyertai pertandingan bernyanyi yang diadakan sempena Bulan Bahasa.

Ketika diumumkan sebagai juara, sorakan bapanya begitu kuat sehingga hanya suaranya jelas kedengaran dalam rakaman video yang diambilnya sendiri, satu kenangan manis yang masih terpahat dalam ingatan Cik Putri Emily sehingga hari ini.

Kakitangan Yayasan Mendaki memantau papan pemuka atau ‘dashboard’ di komputer menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengumpulkan dan menunjukkan data seperti Objektif dan Hasil Utama (OKR) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi kesemua 12 jabatan Mendaki dalam masa nyata.
SingapuraOct 17, 2026 | 5:30 AM

Lebih cepat, lebih berkesan: Mendaki manfaat AI siapkan laporan dalam masa nyata

Pihak pengurusan Yayasan Mendaki kini boleh memperoleh laporan yang dihasilkan daripada kesemua 12 jabatan di ibu pejabatnya dalam tempoh sejam.

Ini dilakukan melalui papan pemuka atau dashboard semua dalam satu – yang direka menggunakan kecerdasan buatan (AI) – dan mampu memaparkan Objektif dan Hasil Utama (OKR) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam masa nyata.

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video

Grace Fu: S’pura pertimbang ambil tindakan terhadap syarikat sebabkan jerebu
Play Video

Bahasa Melayu cerminkan nilai-nilai budaya Melayu
Play Video