NEW YORK: Pelakon Bollywood popular Priyanka Chopra telah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Amerika Syarikat, Nick Jonas, selepas berpacaran selama dua bulan, menurut beberapa laporan media baru-baru ini.
Menurut majalah People, Jonas, 25 tahun, menyuarakan hasratnya ingin menjadikan Chopra suri hatinya di London sempena ulang tahunnya yang ke-36.





