WALAUPUN telah berhijrah ke Britain demi memberi pendidikan terbaik buat anak ketiganya, Emery, 11 tahun, yang disahkan mengalami autisme, penerbit dan komposer Edry Abdul Halim, 42 tahun, tetap tidak meninggalkan dunia seni.
Beliau bahkan akan menubuhkan syarikat, KRU Entertainment United Kingdom Limited, untuk terus bergiat aktif selain sebagai saluran untuk menyara hidup.





