Singapura sebuah negara kecil dan dikatakan memiliki bakat terhad telah melahirkan beberapa juara dunia dalam pelbagai cabang sukan seperti silat, bowling dan tenis meja sebelum ini. Seorang lagi memburu gelaran hebat itu - petinju nombor satu negara, Muhamad Ridhwan Ahmad, apabila beliau masuk gelanggang menentang petinju Namibia, Paulus Ambunda, bagi merebut kejuaraan dunia kelas 'super bantam' Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO)...





