PERSATUAN Undang-Undang Singapura berkata ia bak 'membisu' tentang draf Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian kerana pandangannya akan dikongsi secara privet dengan penggubal dasar.
Ia berkata demikian bagi menjawab kecaman di dalam talian yang mendakwa sikap persatuan membisu bak 'persetujuan senyap' bagi Akta itu.





